Tirai Nenek Moyang : Cinta Dua Dunia By Kirin Nor Zaidi
Kampung Seri Langit, 1993
Di zaman radio masih berbunyi krak-krak, dan orang kampung menonton televisyen dengan bantuan generator yang berdengung, kelahiran Amar bukan sekadar peristiwa biasa. Ia adalah ramalan yang akhirnya tiba.
Dilahirkan pada 12 Ogos 1990, jam 11:45 malam, di rumah kayu renek di tepi Sungai Kelisa, Amar muncul ke dunia dengan tangisan yang bukan seperti tangisan bayi biasa — tangisannya lebih serak dan nyaring. Ibunya, Puan Suri, penat selepas 12 jam bersalin. Ayahnya, Encik Razak, menunggu di luar, sambil menghisap sebatang rokok daun. Aroma rokok daun tersebut memenuhi ruangan rumah tersebut.
Tapi, yang menolong kelahiran Amar bukan bidan biasa. Ada tujuh bidan yang telah membantu kelahiran di kampung itu sejak tahun 1940-an. Dan pada malam itu, bidan ketujuh — seorang wanita tua berbaju kurung kuning pucat, wajahnya tak pernah dikenali — muncul tiba-tiba dari hujan lebat, masuk ke rumah tanpa mengetuk pintu.
Dia menyambut Amar.
Dan ketika bayi itu keluar, dia berkata:
“Dia bukan untuk kita. Tapi dia akan tinggal di antara kita. Dan suatu hari nanti, cintanya bukan sama persis dengan kita. Di Tirai Nenek Moyang ini aku berani bersumpah.” sambil memandang ke arah tirai lusuh yang digunakan sejak zaman dahulu lagi oleh nenek moyangnya.
Sebelum sempat ditanya siapakah nama bidan tersebut, wanita itu menghilang ke dalam hujan. Tiada jejak. Tiada nama. Hanya tinggal sebidang tirai kain lusuh yang berwarna kuning.
“Simpan baik-baik,” katanya. “Ini bukan kain biasa. Ini adalah tirai antara dua alam. Dan barangsiapa yang lahir dengan tirai ini, dia adalah penghubung.”
Di alam yang tak terlihat — Alam Kelisa, tempat waktu mengalir mengikut nafas bulan, sungai mengalir ke atas, dan pokok bercakap dalam bahasa kuno — hidup seorang puteri yang berbeza dari yang lain.
Puteri Cenderawasih namanya.
Wajahnya seperti lukisan dari zaman Melaka: hidung mancung, mata sayu penuh hikmah, kulit seputih embun pagi, rambut hitam legam yang bergerak seperti air tenang walaupun tiada angin. Dia memakai kain songket emas yang dikenakan dengan selendang sutera berwarna putih.
Tapi yang paling menawan bukan rupa parasnya.
Tapi budi pekerti dan kasihnya yang tiada batas.
Dia tidak pernah marah. Tidak pernah memandang rendah. Dia dikenali sebagai 'Puteri yang Menyembuhkan dengan Senyuman'.
Dan sejak Amar dilahirkan, hatinya berdetik.
Bukan kerana takdir.
Tapi kerana dia melihat budi pekerti Amar sejak bayi lagi.
Dia lihat Amar tidak menangis kerana marah, tapi kerana lapar. Dia lihat Amar membantu orang tuanya yang sedang mengalami kesusahan. Dia lihat Amar menyimpan sebiji gula-gula untuk adiknya, walaupun dia sendiri lapar.

Puteri Cenderawasih: Cinta dari Alam Kelisa

“Anak ini bukan sekadar istimewa,” bisiknya pada bayang-bayang. “Dia manusia sejati. Dan aku… aku jatuh cinta dengannya sebelum dia sempat berjalan.”
Sejak itu, dia menjaga Amar daripada jauh.
Setiap kali Amar demam, dia muncul di dalam mimpinya dan menyanyikan lagu dengan irama lama dari zaman kesultanan Melayu lama. Setiap kali Amar jatuh, dia tiupkan angin lembut untuk memulihkan kesakitan Amar. Setiap kali Amar menangis, dia letakkan daun emas di bawah bantalnya.
Dan setiap malam, dia bisik:

“Aku melihatmu sejak kau belum bernafas. Aku mendengar degup jantungmu sebelum kau keluar dari rahim. Aku tahu kau akan menjadi manusia yang penuh kasih. Dan aku… aku jatuh cinta sebelum kau sempat membuka mata.”
Pada usia 17 tahun, Amar mula bermimpi tentang seorang perempuan yang berdiri di tengah taman bunga. Dia memakai kain songket kuning keemasan, berselendang berwarna putih. Matanya tenang. Suaranya seperti alunan gambus dari zaman Melaka.
“Amar… aku telah menjagamu sejak kau dilahirkan. Aku bukan hantu. Aku bukan jin. Aku Puteri Cenderawasih dari Alam Kelisa. Dan aku mahu kau tahu: aku mencintaimu. Bukan kerana kau dilahirkan di tirai kuning itu. Tapi kerana kau lembut. Kau sabar. Kau hormat ibu. Kau tolong rakan yang susah. Kau tidak sombong walaupun kau istimewa.”
Amar terjaga, berpeluh. Tapi hatinya terasa tenang.
Mimpi itu berulang. Setiap malam. Dan setiap kali, perempuan itu makin nyata.
Hingga satu malam, puteri itu berkata:
“Jika kau mahu aku datang ke duniamu, kau harus menerimaku bukan sebagai puteri alam bunian, tapi sebagai wanita biasa. Aku akan tinggalkan mahkota. Aku akan tinggalkan kekuatan. Aku akan hidup sebagai manusia. Tapi kau harus cinta aku bukan kerana aku ajaib. Tapi kerana aku Siti Zulaikha.”
Amar terdiam. “Siti Zulaikha?”
“Itu nama yang kupilih untuk dunia manusia. Nama yang suci. Nama yang solehah. Aku mahu hidup sederhana. Solat lima waktu. Membantu orang susah. Dan menjadi isterimu.”.
Amar menangis. “Tapi aku tak tahu nak jumpa kau. Aku tak tahu nak terima kau.”
“Kau sudah terima aku. Di hatimu. Sekarang, hanya perlu ucapkan di mulut.” kata Puteri Cenderawasih.
Pada malam purnama gelap di tahun 2015, di bawah pohon beringin tua, cahaya biru turun dari langit.
Dan dari cahaya itu, muncul seorang perempuan.
Bukan lagi berpakaian songket emas.
Tapi memakai tudung labuh berwarna kuning muda, baju kurung kuning dan wajahnya berseri seperti orang yang baru selesai solat tahajud.
Dia tidak melayang lagi.
Dia menyentuh tanah.
Dan ketika Amar mendekat, dia berkata dengan suara lembut, polos, tanpa hiasan:
“Aku Siti Zulaikha. Aku datang untuk kau. Aku tak pandai cakap indah-indah. Aku tak tahu pakai telefon. Aku tak pernah makan western food ataupun ramen korea. Tapi aku tahu satu perkara: aku cinta kau. Dan aku rela jadi manusia biasa untuk kau.”
Amar terkejut. “Kau… kau tak ingat apa-apa?”
“Aku ingat kau. Aku ingat suara kau. Aku ingat senyuman kau. Tapi dunia ini… baru untuk aku. Semua benda asing. Lampu terang buat aku silau. Kereta buat aku takut. Bunyi radio macam hantu. Tapi aku belajar. Aku nak jadi isteri yang baik.”
Siti Zulaikha bukan lagi puteri yang bijak berhujah.
Dia polos.
Dia tidak tahu apa itu Facebook. Tidak tahu cara pakai mesin basuh. Tidak faham kenapa orang marah bila elektrik tiada ataupun bila internet habis data.
Tapi dia tahu cara solat. Tahu cara baca Al-Quran. Tahu cara senyum pada orang tua.
Dia belajar memasak dari Puan Suri. Belajar pakai tudung dari jiran. Belajar cakap “Assalamualaikum” pada setiap orang, walaupun mereka tak jawab.
Dan yang paling menyentuh hati — dia belajar cinta Amar bukan dengan kata-kata, tapi dengan perbuatan.
Dia cuci baju Amar dengan tangan, walaupun dah ada mesin.
Dia duduk di tepi sungai, baca Al-Quran, walaupun tak ramai yang faham.
“Kenapa kau buat semua ni?” tanya Amar.
“Sebab aku tak ada apa-apa selain cinta. Dan cinta kena tunjuk. Bukan cakap.”
Tidak lama selepas itu, mereka pun berkahwin. Siti Zulaikha tidak meminta hantaran besar. Dia cuma inginkan hantaran dengan sebuah kitab Al-Quran dan kelengkapan solat.
“Ini sahaja yang aku mahukan” katanya. “Tapi aku ada cinta. Cukup tak?”
Amar pegang tangannya. “Lebih dari cukup.”
Dan diwaktu pernikahan mereka, suhu sangat sejuk yang ditemani dengan awan yang redup.
Tapi di alam Kelisa, Raja Puteh, ayah Puteri Cenderawasih, murka.
“Anakku meninggalkan takhtanya untuk kahwin dengan manusia biasa? Dengan lelaki yang tak pernah lihat istana?!”
Beliau telah menghantar tentera bayangan untuk membawa Puteri Cenderawasih kembali.
Tetapi gagal.
Kerana Siti Zulaikha berkata:
Pertemuan di Dunia Mimpi: Transformasi Siti Zulaikha

Kelahiran Siti Zulaikha: Puteri yang Menjadi Manusia Polos

Raja Puteh: Ayah yang Ego, Hati yang Tertutup
Tapi di alam Kelisa, Raja Puteh, ayah Puteri Cenderawasih, murka.
“Anakku meninggalkan takhtanya untuk kahwin dengan manusia biasa? Dengan lelaki yang tak pernah lihat istana?!”
Beliau telah menghantar tentera bayangan untuk membawa Puteri Cenderawasih kembali.
Tetapi gagal.
Kerana Siti Zulaikha berkata:
“Aku bukan lagi anakmu. Aku isteri Amar. Dan aku tidak akan kembali ke istana itu!”
Raja Puteh marah. Beliau kemudiannya menghantar angin hitam yang membuat tanaman kampung mati. Beliau juga menghantar mimpi ngeri yang membuat Amar hampir gila dan menghantar roh penyesat yang cuba memisahkan mereka.
Tapi cinta mereka lebih kuat.
Setiap kali roh jahat datang, Siti Zulaikha membacakan Surah Al-Waqiah. Setiap kali angin hitam datang, Amar membaca doa-doa yang diajarkan oleh isterinya.
Dan Raja Puteh semakin marah.
“Mungkin aku terpaksa hancurkan dunia manusia jika kau tidak pulang!”
Di tengah konflik, muncul Mek Bunga, seorang bomoh wanita siam dari sempadan Thailand-Malaysia. Dia terkenal kerana ilmu hitamnya yang kuat. Dia bisa mengawal ular, memanggil hantu laut, dan membuat orang gila dalam tiga hari.
Dia mendengar tentang Raja Puteh.
“Kalau aku dapat tangkap raja bunian, kuasa mistikku akan jadi tak terkalahkan!”
Dia buat perangkap dari tanah keramat, rambut mayat, dan darah harimau. Dia letakkan di celah gua di kaki gunung.
Dan malam itu, ketika Raja Puteh turun untuk menghantar sumpahannya lagi, beliau terperangkap.
“Siapa kau berani tangkap aku?!” raung Raja Puteh.
“Aku Mek Bunga! Dan kau akan jadi batu permata kuasa ku!”
Mek Bunga mula menyerap tenaga Raja Puteh. Cahaya biru keluar dari tubuh Raja Puteh yang kemudiannya masuk ke dalam patung tanah liat yang dibuat oleh Mek Bunga.
Dalam tiga hari, Mek Bunga telah menjadi bomoh paling kuat di rantau ini.
Dia boleh hantar petir dari langit. Dia boleh buat gempa bumi. Dia boleh ciptakan angin taufan.
Tapi dia lupa satu perkara:
Raja Puteh bukan sekadar kuasa. Dia adalah simbol keseimbangan alam.
Apabila kuasanya diambil secara paksa, alam mula goyah.
Hujan tak turun. Sungai kering. Pokok mati. Binatang liar menyerang kampung.
Dan akhirnya, kuasa itu memakan diri Mek Bunga. Mek Bunga telah diterkam oleh seekor Harimau Kumbang ketika melakukan upacara pemujaan khas. Patung tanah liat itu jatuh dan pecah dek terkena kaki harimau tersebut yang memasuki ruangan upacara tersebut. Cahaya biru kembali ke badan Raja Puteh.
Raja Puteh bangkit. Tapi kali ini, beliau tidak marah.
Beliau melihat kampung Seri Langit. Beliau melihat Amar dan Siti Zulaikha duduk di tepi sungai, saling memegang tangan. Melihat mereka memberi makan orang tua. Melihat mereka solat berjemaah.
Dan beliau mendengar seorang lelaki tua berkata:
“Siti Zulaikha ajar kami baca Al-Quran. Amar bina jambatan untuk kami pergi sekolah.”
Raja Puteh menangis.
“Selama ini aku fikir darjat itu penting. Aku fikir kuasa itu segalanya. Tapi anakku telah mengajar aku erti hakikat sebenar kemuliaan: budi pekerti, kasih sayang, dan cinta yang tulus.”
Beliau kemudiannya kembali ke alam Kelisa. Tapi kali ini, bukan sebagai raja yang sombong.
Tapi sebagai raja yang insaf.
Beliau telah menarik balik kutukannya. Beliau juga telah memulihkan alam dan mengizinkan Siti Zulaikha kekal sebagai manusia.
Dan Raja Puteh telah hadir dalam mimpi Amar dan berkata:
“Jagalah dia. Kerana dia bukan lagi puteriku. Tapi dia adalah anugerah untuk duniamu.”
Pada 5 April 2023, di klinik kesihatan kampung yang kini sudah ada Wi-Fi dan mesin ultrasound, Siti Zulaikha telah melahirkan anak lelaki. Bayi itu diberi nama Muhammad Yusuff.
Kelahirannya tenang. Tapi, pada malam itu, kelibat bidan ketujuh yang dulu muncul lagi. Dia kemudiannya mendekati Siti Zulaikha dan berkata:
“Anak ini adalah tanda warisan dua alam telah bersatu.”
Sebelum menghilang, satu bidang kain kuning yang dilipat kemas ditinggalkan dihujung kaki Siti Zulaikha.
Yusuff bukan bayi biasa. Sejak lahir, dia memiliki kelebihan yang unik:
Boleh merasai dan nampak kehadiran makhluk halus
Boleh rasa sama ada orang itu baik atau jahat
Dan mempunyai Dejavu yang kuat, walaupun tidak 100% tepat.
Pada usia 3 tahun, dia berkata:
“Abah, kita akan jumpa kucing oren di jalan esok. Dia luka kaki kiri.”
Esoknya, mereka jumpa kucing oren — tapi luka di kaki kanan.
Tapi Yusuff tetap betul: kucing itu ada, dan dia sakit.
Kadang-kadang, dia kata:
“Nanti hujan akan turun pukul 4.37 petang.”
Hujan turun pukul 4.40. Hampir tepat.
Orang kampung mula memanggilnya "Bayi Istimewa".
Tapi Amar tahu.
“Dia bukan anak biasa. Dia adalah warisan antara cinta dua dunia.”
Pada malam di tahun 2024, Amar, Siti Zulaikha, dan Yusuff duduk di bawah pohon beringin.
Siti Zulaikha memakai tudung lusuh, tapi bersih. Dia sedang menganyam tikar dari daun mengkuang, sambil menyanyi lagu lama yang dia dengar dari mimpi.
Yusuff menunjuk ke langit.
“Ada orang datang. Dia pakai baju kuning. Dia senyum.”
Siti Zulaikha tersenyum. “Itulah nenek moyang mak. Dia datang ziarah kita.”
Amar pegang tangan Siti Zulaikha.
“Kau tahu kenapa aku cinta kau? Bukan kerana kau dari alam bunian. Tapi kerana kau polos. Kau tak pura-pura. Kau tak nak dunia. Kau hanya nak cinta. Dan cinta macam tu… jarang wujud.”
Siti Zulaikha tersenyum. “Aku tak pandai cakap. Tapi aku tahu satu perkara: cinta yang tulus, takkan pernah palsu.”
Dan malam itu, Yusuff tertidur sambil memeluk daun emas.
Angin berhembus perlahan. Daun bergerak. Dan dari langit, turun satu daun emas — tanda Alam Kelisa memberi restu.

Mek Bunga: Bomoh Siam yang Tamak

Kelahiran Muhammad Yusuff (2023)

Epilog: Polos Itu Suci

0 Comments